Tuesday 10 January 2012

tutorial 1: PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

 PENGUKURAN 
Konsep

§ Suatu proses mendapatkan penjelasan secara numerit atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen.
§ Boleh dilaksanakan tanpa pengujian.
§ Tidak bersifat mutlak.
PENGUJIAN 
Konsep
§ Proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab atau satu set instrumen atau prosedur yang bersistem bagi mengukur  sampel tingkahlaku atau perubahan seseorang individu atau murid.
§ Cronbach (1970)- ujian ialah satu prosedur yang bersistem untuk memerhatikan perhatian tingkahlaku seseorang individu dan membuat huraian dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori. 
§Raminah Hj Sabran (1991)- ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat pengadilan atau penilaian.
PENILAIAN  
Konsep
§Melibatkan penentuan objektif, mendapatkan maklumat, memproses maklumat dan membuat kesimpulan serta keputusan.
§Apabila sesuatu penilaian yang ingin dijalankan sekurang-kurangnya dua keputusan yang utama perlu diambil :
a)Berkaitan dengan tujuan penilaian yang dijalankan.
b)Berkaitan dengan pemilihan model ( alat-alat prosedur dan cara untuk menjalankan penganalisisan ). 
§    Konsep yang digunakan dalam pelbagai bidang yang mempunyai matlamat sendiri. 
§ Dianggap sebagai satu cara mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu. 
§    Proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti, harga bagi sesuatu perkara. 
§    Gay (1985) – penilaian ialah satu proses yang dianggap bersistem semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang ditetapkan itu telah tercapai. 
§ Popham (1975) – penilaian yang bersistem mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.

5 Peringkat Prosedur Penilaian
Persediaan ujian 
Pentadbiran ujian 
Pemeriksaan dan pengukuran 
Analisis ujian 
Interpretasi dan tindakan susulan
   
Tujuan penilaian di bilik darjah 
§ Diagnosis – memberikan maklum balas kepada guru berhubung dengan tahap penguasaan murid terhadap sesuatu kemahiran yang sudah dipelajari dalam bilik darjah serta tinjau masalah yang timbul dalam sesi pnp yang berlangsung. 
§ Pencapaianmemberikan maklumat tentang setakat mana tahap penguasaan murid tentang sesuatu kemahiran yang diajar. 
§ Pemilihan dan penempatanmeninjau sejauh manakah murid menguasai sesuatu kemahiran yang akan dipelajari serta menentukan sama ada semua murid dapat dipilih serta dikelompokkan dalam satu kumpulan yang besar berasaskan tahap penguasaan yang berbeza. 
§ Bimbingan dan kaunselingmeningkatkan motivasi murid untuk belajar bagi memperoleh keputusan pencapaian yang baik dan cemerlang.
 
 
 

 
 
 
  

No comments:

Post a Comment